Monday, January 31, 2011

Sahabat = Suami Orang


Bagaimana hubungan anda dengan kawan2 anda?
Maksud saya yang berstatus 'SUAMI' orang.

Saya ada ramai kawan yang sudah bergelar Suami kepada seseorang.
Rindu juga akan zaman2 kegemilangan bergurau senda dengan mereka.
Tanpa batas,tanpa memikirkan tiada siapa yang akan melarang.
Awek?
Setakat awek, memang TIDAK GENTAR sama sekali!

Chewah!

=P

TAPI

Sekarang, dengan semua spesis2/kategori suami orang ini memang sangat2 saya geruni.

Memang tidak dinafikan ramai lelaki berstatus suami orang tergolong dalam kategori 'mesra alam' tanpa apa2 niat yang sebaliknya.
Begitu juga wanita2 bujang yang gemar bergurau senda dengan lelaki spesis ini yang dirasakan amat menghiburkan.


Lelaki 'not available' ini selalunya mudah menambat hati kami2 yang solo molo ni.
Berpengalaman katakan........

(--,)

Pernah saya dengar kenalan saya bergaduh dengan isterinya gara-gara si isteri cemburu dengan keakraban suaminya dengan teman sekerja = PEREMPUAN.
Walaupun si isteri dan wanita ini saling mengenali antara satu sama lain.
Si suami memang tersangatlah mesra orangnya.
Tapi isteri manalah yang tidak cemburu jika si suami terlebih 'mesra alam' walaupun sekadar berteman dengan mana-mana perempuan sekalipun.

Dan ada juga kenalan saya yang isterinya cemburu melihat suaminya kerap menghabiskan masa melayan 'aweks2' di Facebook.
Dan si isteri turut meluahkan rasa hati di Facebook juga.
Si suami tidak berniat lain melayan semua kenalan perempuan di Facebook.
Hiburan semata.
Tapi perasaan si isteri yang kehidupan sehari2nya dipenuhi dengan menguruskan anak dan rumah tangga?

.
.
.

Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya menjaga batas bersahabat dengan lelaki berstatus suami orang dan tidak menjadi punca kepada permasalahan rumah tangga orang lain.

Nauzubillah~

.
.
.

Kenapa saya terfikir begitu.
Kerana sudah tentu saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada saya kelak!

.
.
.


Renung2kan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment