Friday, January 28, 2011

Bos

Saya ada banyak Bos.
Atas jawatan saya ada satu Bos.
Atas Bos saya ada satu lagi Bos.
Dan atas Bos tersebut ada satu lagi Bos.

Banyak kan Bos!

Pening!
!@#$%^&*()

Satu Bos peel begini.
Bos ini perangainye begini.
Bos yg ni pulak camni.

So,semua kene entertain mengikut cara yang bersesuaian.


Saya ade jugak xsuke dengan Bos saye.
-Harap beliau xbace..ekekeke-
Saye juge pernah bergaduh dengan Bos.
Boikot beliau,melawan beliau.
Biasela, kadang2 ade perkara yang kite xpuas hati antara satu sama lain.
Berbeza pendapat dengan beliau.
Yang mana pada ketika itu saya rasakan pendapat saya adalah terbaik.
Tapi kene REJECT!
Okeyy~
Kemudian,ada perkara2 yang beliau buat yang tidak saya gemari.
Beliau buat macam ni,saya balas dengan cara yang sama!
=P
Tapi kan.
Bos saye ni ade juga bagusnye.
Kalau kami ditindas oleh pegawai2 lain,beliau dengan PANTAS akan bertindak!
So,salah satu pembakar bara2 api nye ialah SAYA!
=P
Beliau kalau dapat mempertahankan satu2 perkara.........SALUTE!
Bermati2an wa cakap sama lu!
Walaupun perkara tu xbetul.
Keh3.
Tapi skang,beliau dah bertukar ke jabatan lain.
Berdebar2la pulak menanti peel bos yang baru.
Camne la pulak ekk.
-Harap2 beliau xsuke bergaduh ngan staff =P -

-Oh! Saya inginkan Bos kacak begini-

Fly.fly.away~

.
.
.
.
.

Back to the story
Atas daripada Bos saya yang tadi ada satu lagi Bos.
Oh! Bos ini saya suka! =)
Kerana,beliau xsuka sesuatu yang memeningkan kepala.
Mudah sangat berbincang dengan beliau.
TAPI!
Awas kalau kita tanyakan pendapat beliau,dan jawapan beliau berdolak-dalih.
Paham2 sendiri sudah.
Maknanya beliau xsetuju le tu~
Dan jangan dipaksa2 lagi.
Tambah parah kalau beliau tidak menjawab sepatah haram pon pertanyaan kita.
Something wrong somewhere and beware =)

Ha,yang ini adalah Big Bos saya.
Tersangatlah WORKAHOLIC.
Saje kasi besau kat situ menunjukkan beliau tersangat rajin kerja.
Peningx6juta.
Apabila Big Bos sangat workaholic,secara automatiknya anda akan menjadi rajin dengan sendirinya.
Tahniah untuk diri sendiri!
-Clap.clap.clap-
Saya dapat banyak assignment yang tiada kena mengena dengan kerja hakiki.
TETAPI
Siapa berani melawan dan membantah.
SYMP a.k.a Saya Yang Menurut Perintah.
Bagusnya beliau ialah ingin melakukan perubahan.
Dan ianya perlu dilakukan secara DRASTIK!
Penuh SKT saya tahun lepas dengan tugasan2 khas yang beliau berikan~
Xdapat cemerlang xtau le.
=P

Ini baru cerita Bos di tempat kerja sekarang.
Belum lagi cerita2 panas hal Bos di tempat kerja terdahulu!
=#
Zip2 mulut!



Kesimpulannya ialah.
Walau dimana pun kita bekerja,dengan siapa pun kita bekerja,dan sekiranya anda ialah seorang pekerja BAWAHAN,janganla buat perangai seolah2 anda ialah BOS!
Walaupun Bos anda xbetul,beliau tetap BOS selagi beliau menjadi BOS anda!

????????

-Sape suruh korang xbelajar rajin2 dan jadi Bos!-

1 comment:

  1. Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

    ReplyDelete