Monday, January 31, 2011

Sahabat = Suami Orang


Bagaimana hubungan anda dengan kawan2 anda?
Maksud saya yang berstatus 'SUAMI' orang.

Saya ada ramai kawan yang sudah bergelar Suami kepada seseorang.
Rindu juga akan zaman2 kegemilangan bergurau senda dengan mereka.
Tanpa batas,tanpa memikirkan tiada siapa yang akan melarang.
Awek?
Setakat awek, memang TIDAK GENTAR sama sekali!

Chewah!

=P

TAPI

Sekarang, dengan semua spesis2/kategori suami orang ini memang sangat2 saya geruni.

Memang tidak dinafikan ramai lelaki berstatus suami orang tergolong dalam kategori 'mesra alam' tanpa apa2 niat yang sebaliknya.
Begitu juga wanita2 bujang yang gemar bergurau senda dengan lelaki spesis ini yang dirasakan amat menghiburkan.


Lelaki 'not available' ini selalunya mudah menambat hati kami2 yang solo molo ni.
Berpengalaman katakan........

(--,)

Pernah saya dengar kenalan saya bergaduh dengan isterinya gara-gara si isteri cemburu dengan keakraban suaminya dengan teman sekerja = PEREMPUAN.
Walaupun si isteri dan wanita ini saling mengenali antara satu sama lain.
Si suami memang tersangatlah mesra orangnya.
Tapi isteri manalah yang tidak cemburu jika si suami terlebih 'mesra alam' walaupun sekadar berteman dengan mana-mana perempuan sekalipun.

Dan ada juga kenalan saya yang isterinya cemburu melihat suaminya kerap menghabiskan masa melayan 'aweks2' di Facebook.
Dan si isteri turut meluahkan rasa hati di Facebook juga.
Si suami tidak berniat lain melayan semua kenalan perempuan di Facebook.
Hiburan semata.
Tapi perasaan si isteri yang kehidupan sehari2nya dipenuhi dengan menguruskan anak dan rumah tangga?

.
.
.

Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya menjaga batas bersahabat dengan lelaki berstatus suami orang dan tidak menjadi punca kepada permasalahan rumah tangga orang lain.

Nauzubillah~

.
.
.

Kenapa saya terfikir begitu.
Kerana sudah tentu saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada saya kelak!

.
.
.


Renung2kan dan selamat beramal!

30 to 40

Lihat.

-Sile lihat kuih,bukan pen mahupun planner saya-


Tujuan meletakkan pen di situ adalah untuk memberi gambaran saiz kuih yang saya beli pagi tadi.
Masa memilih2 kuih dalam keadaan yang sungguh mengujakan [kerana banyak sangat kuih =P] di kedai tadi, memang dah bajet kengkononnye nak sambar 3 terus.
Kan senang.

3 = RM 1.00

BUT!

"Kuih satu 40sen ye~"

.
.
.

#$%^&*

.
.
.

Blurr kejap.


Sayakah yang ketinggalan atau memang kedai ini yang mahal harga kuihnya??

Dari segi saiz?
Xberbaloi.

Dari segi rasa?
4/10.

Inti?
Nilaila sendiri.


Masakan megi tomyam Munirah Abd. Rahman yang hanya direbus dengan air lebih kelihatan menyelerakan.


Sejak bila harga kuih naik?

.
.
.
.


=|

Saturday, January 29, 2011

Tahape2

-Klik for bigger image-

Setengah orang akan approve je friend request die tanpa mengira die kenal atau tak.
Maybe untuk capai 'rating' ribu2 org kot~
But me, ONLY approve kawan2 yang dikenali sahaja.
Ekceli, dulu memang main approve je.
Tapi dah xlalu nak baca wall manusia2 yg xdikenali.
So, las month memang dah buat 'data cleaning'.
Tetiba ade plak satu makhluk ciptaan Allah ni yang begitu 'bersopan-santun' memerli sebab xapprove friend request die.

"Excuse me but did I know you Sir/Ma'am?"

Bolehx anda berterus-terang je siapa anda supaya saya dapat meng'approve' anda tanpa ragu2??

It's Really Cool!!


Hari cuti,xde keje.
Sama dengan.
Layan TV.
Gile KAGOM!
Sangat kagom ok.

Bukan dengan TV.
Tetapi dengan kehebatan si cilik2 ini.
New series @ StarWorld Channel 711

" Junior MasterChef Australia 2010. "

Dem!

Betul2 tercabar rasenye tengok budak2 kenit ni memasak~
First episode untuk elimination cabarannya memasak ayam.

Nak tau nama resipi ayam budak2 kenit ni??


Chicken Roulade with Pistachio Butter Filling ;


Nonna's Cotolette with Pumpkin and Pine Nut Salad and Rosti ;


Garlic and Lemon Spatchcock


and macam2 lagi~

GILE!
Nak sebut nama pon tergeliatss lidah~

Below are 12 cute contestants.


Aku nak masak ayam pon tengok buku resipi.
MALUUUU!

(--')

-sambil tekup muka-

Friday, January 28, 2011

Bos

Saya ada banyak Bos.
Atas jawatan saya ada satu Bos.
Atas Bos saya ada satu lagi Bos.
Dan atas Bos tersebut ada satu lagi Bos.

Banyak kan Bos!

Pening!
!@#$%^&*()

Satu Bos peel begini.
Bos ini perangainye begini.
Bos yg ni pulak camni.

So,semua kene entertain mengikut cara yang bersesuaian.


Saya ade jugak xsuke dengan Bos saye.
-Harap beliau xbace..ekekeke-
Saye juge pernah bergaduh dengan Bos.
Boikot beliau,melawan beliau.
Biasela, kadang2 ade perkara yang kite xpuas hati antara satu sama lain.
Berbeza pendapat dengan beliau.
Yang mana pada ketika itu saya rasakan pendapat saya adalah terbaik.
Tapi kene REJECT!
Okeyy~
Kemudian,ada perkara2 yang beliau buat yang tidak saya gemari.
Beliau buat macam ni,saya balas dengan cara yang sama!
=P
Tapi kan.
Bos saye ni ade juga bagusnye.
Kalau kami ditindas oleh pegawai2 lain,beliau dengan PANTAS akan bertindak!
So,salah satu pembakar bara2 api nye ialah SAYA!
=P
Beliau kalau dapat mempertahankan satu2 perkara.........SALUTE!
Bermati2an wa cakap sama lu!
Walaupun perkara tu xbetul.
Keh3.
Tapi skang,beliau dah bertukar ke jabatan lain.
Berdebar2la pulak menanti peel bos yang baru.
Camne la pulak ekk.
-Harap2 beliau xsuke bergaduh ngan staff =P -

-Oh! Saya inginkan Bos kacak begini-

Fly.fly.away~

.
.
.
.
.

Back to the story
Atas daripada Bos saya yang tadi ada satu lagi Bos.
Oh! Bos ini saya suka! =)
Kerana,beliau xsuka sesuatu yang memeningkan kepala.
Mudah sangat berbincang dengan beliau.
TAPI!
Awas kalau kita tanyakan pendapat beliau,dan jawapan beliau berdolak-dalih.
Paham2 sendiri sudah.
Maknanya beliau xsetuju le tu~
Dan jangan dipaksa2 lagi.
Tambah parah kalau beliau tidak menjawab sepatah haram pon pertanyaan kita.
Something wrong somewhere and beware =)

Ha,yang ini adalah Big Bos saya.
Tersangatlah WORKAHOLIC.
Saje kasi besau kat situ menunjukkan beliau tersangat rajin kerja.
Peningx6juta.
Apabila Big Bos sangat workaholic,secara automatiknya anda akan menjadi rajin dengan sendirinya.
Tahniah untuk diri sendiri!
-Clap.clap.clap-
Saya dapat banyak assignment yang tiada kena mengena dengan kerja hakiki.
TETAPI
Siapa berani melawan dan membantah.
SYMP a.k.a Saya Yang Menurut Perintah.
Bagusnya beliau ialah ingin melakukan perubahan.
Dan ianya perlu dilakukan secara DRASTIK!
Penuh SKT saya tahun lepas dengan tugasan2 khas yang beliau berikan~
Xdapat cemerlang xtau le.
=P

Ini baru cerita Bos di tempat kerja sekarang.
Belum lagi cerita2 panas hal Bos di tempat kerja terdahulu!
=#
Zip2 mulut!



Kesimpulannya ialah.
Walau dimana pun kita bekerja,dengan siapa pun kita bekerja,dan sekiranya anda ialah seorang pekerja BAWAHAN,janganla buat perangai seolah2 anda ialah BOS!
Walaupun Bos anda xbetul,beliau tetap BOS selagi beliau menjadi BOS anda!

????????

-Sape suruh korang xbelajar rajin2 dan jadi Bos!-

Thursday, January 20, 2011

OMG!

-Kalau nak tengok dengan lebih jelas sile klik pada image ini-



OMG!

I'm soo shocked!





Ini cerita 20112010 yang lalu.






Buat kamoo.
Maaflah.
Saya tidak dapat menerima 'proposal' tersebut.
Tapi kite tetap kawan kan!





Yang sebenarnya saya sedang menunggu lamaran orang lain! =)